Pages

SET SAUNA (RUBY | DIAMON | FIR) & LAIN-LAIN KEPERLUAN SAUNA

Asal usul mandi wap (Sauna)Penggunaan mandi wap telah digunakan semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom, termasuk masyarakat Empayar Turki (Persia). Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden, atau lebih dikenali sebagai Sauna.


Mandi wap tradisional melayu


Amalan mandi wap bagi masyarakat melayu dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pengguna diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pengguna akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.


Kesan mandi wap herba


Wap herba memberi kesan kepada tubuh dengan cara:


Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan saluran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.


Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.


Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.


Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah:
~ Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan.
~ Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
~ Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
~ Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.


Khasiat Dan Kelebihan Mandi Wap
~ Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
~ Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
~ Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
~ Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
~ Meningkatkan sistem kardiovascular
~ Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
~ Melancarkan peredaran darah
~ Meningkatkan sistem immunisasi badan
~ Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
~ Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda??

Bandingkan manafaat bermandi wap ( bersauna) dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


Jaminan Dan Pengiktirafan.

Setiap pembelian set Sauna ini didatangkan bersama jaminan selama 6 bulan.
*(Tertakluk kepada syarat dan penggunaan. Lampiran disediakan).


Penghantaran Pos Express


Barang akan sampai ke alamat anda dalam masa 1-2 hari dari transaksi bayaran yang berjaya dilakukan, di Seluruh Malaysia melalui GD EXPRESS.


PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SETIAP SET SAUNA YANG DITAWARKAN

*** Diperbuat dari kain berkualiti ***


ADA 3 LAPISAN
lapisan 1 : kain nylon (bahagian luar)
lapisan 2: fiber tahan panas( bahagian tengah)
lapisan 3: PVC kalis air (bahagian dalam)


Antara keistimewaan set sauna:

1. Paling mudah dipasang & simpan.
2. Menggunakan kualiti kain yang bermutu tinggi, kalis air & tahan lama.
3. Harga yang sangat-sangat berpatutan.
4. Mendapat kelulusan CE approval dari luar negara & Suruhanjaya Tenaga dari Malaysia.
Selamat digunakan.
5. Sangat berkesan untuk menurunkan berat badan & mengekalkan kesihatan. Anda bebas
bersauna dengan privasi hanya di rumah anda.



PRODUK TERLARIS DI PASARAN!!


DIAMON SAUNA
Pilihan warna yang menarik!
biru/silver/merah


Harga biasa : RM560.00
Harga Promosi: RM390


KOMPONEN DIAMON SAUNA
Click this bar to view the full image.

1. bathtub
2. steamer dan remote control
3. steamer hose
4. batang PVC


p/s: penutup kepala tak termasuk didalam set diamon sauna.



Saiz 87cm x 77cm x 101cm


STEAMER 




CIRI-CIRI STEAMER DIAMON SAUNA

1- Pengguna boleh ubah time dan temperature guna remote control atau tekan button pada steamer.
2- Pengguna boleh ubah masa dalam 3 gred, 20 minit , 40 minit
dan 60 minit.
3- Temperature boleh ubah dalam 6 gred.
low light (1st grade).
middle light(2nd grade).
high light(3rd grade).
low and middle light(4th grade).
low and high light(5th grade).
low, middle and high light(6th grade).
High temperature :50℃
Voltage :110V/220V/240V
Power :1000w

* * * * * * * * * * * * * * *


RUBY SAUNA

Saiz : 85x90x110cm


Harga Biasa : RM490.00
Harga Promotion : RM440.00

CARA-CARA PEMASANGAN.



Sangat mudah dipasang, tak sampai seminit sudah boleh bersauna.



Mesra OKU!


Kepada pelanggan kami yang tidak berupaya berdiri seperti sakit gout atau menggunakan kerusi roda.

Kami amat menghargai pelanggan dengan menawarkan KERUSI LIPAT, HERBA & PENGURUT KAKI bagi pembelian DIAMON SAUNA

Jangan lepaskan peluang!!


* Ruby Sauna tidak disertakan kerusi lipat. FREE delivery untuk Sem. M'sia sahaja


JADI APA TUNGGU LAGI????


TEMPAHLAH SEKARANG!!!


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 624x483 and weights 110KB.

SET JADE FIR SAUNA

~ Sauna tent
~ Panel Pemanas FAR INFRARED
~ Remote control
~ Kerusi lipat
~ 2 Kayu penegak sauna tent
~ Pengurut kaki

Mudah dilipat dan dipasang. Mudah dibawa ke mana-mana. Masa boleh dikawal di antara 5 – 30 minit. Kain yang tebal & kalis air.
3 panel pemanas (1 di belakang dan 2 di kiri & kanan)
Mempunyai 6 tahap suhu (40,45,50,55,60 & 65)


Bagaimana ia berfungsi?

Apakah itu Infra Merah?
Sinaran Infra Merah ialah sinaran elektromagnetik dari gelombang (wavelength) yang lebih panjang dari sinaran cahaya, tetapi pendek sedikit berbanding sinaran gelombang radio. Sinaran infra merah ini akan menembusi badan, seterusnya memanaskan badan dan mengeluarkan haba melalui proses “penukaran”, dan bukannya memanaskan udara di sekitar manusia.

JADE FIR SAUNA:

JADE FIR SAUNA diperbuat daripada 3 lapisan kain, di mana mengandungi pemanas infra merah. Jika di persekitaran yang sememangnya panas, sauna infra merah selalunya dibuat di kawasan terbuka dan masih memanaskan penggunanya dengan cara yang serupa, memandangkan pemanas tersebut tidak bergantung kepada cuaca yang panas, tetapi kepada cuaca yang ‘suam’ di mana pengguna pasti akan mengeluarkan peluh. Kebiasaannya, sauna ini akan ditempatkan di dalam ruang, yang membenarkan udara mengeluarkan haba dan memberikan kesan sauna tradisional. Di dalam perkataan lain, JADE FIR SAUNA menghasilkan suasana bersauna manakala pengeluar haba (heater) tersebut memberikan terapi infra merah yang sebenar.

Di dalam sauna infra merah, pengeluar haba infra merah tersebut akan mengeluarkan sinaran tenaga, yang menyerupai sinaran matahari tetapi tanpa sinaran sinar ungu yang berbahaya. Hampir semua pengeluar haba (heaters) dibuat mengikut teknologi yang dihasilkan pada tahun 1965 oleh Dr. Tadashi Ishikawa, ahli Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Fuji Medical.
SEJAUH MANA PEMAHAMAN ANDA TERHADAP JADE FIR SAUNA??

Produk JADE FIR SAUNA menggunakan haba panas yang selamat dan efektif, sama seperti sinaran panas haba matahari yang menyamankan. Sinaran panas haba adalah lebih berkesan kerana ia memanaskan tubuh badan manusia, dan bukannya udara sekitar manusia. Ini membolehkan badan manusia menyerap sehingga 93% sinaran haba panas yang disalurkan dari sauna infra merah kami.

Gelombang sinaran infra merah tersebut akan memasuki ke dalam tisu badan sehingga 45mm ke dalam. Tenaga haba yang terhasil (dari infra merah) tersebut selaras dengan sinaran tenaga haba yang dikeluarkan oleh tubuh badan manusia itu sendiri. Banyak faedah dari segi kesihatan jika manusia sering menggunakan sauna untuk menyihatkan tubuh badan mereka.

Produk JADE FIR SAUNA adalah sangat berkualiti dan harganya juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan produk sauna lain di luar sana yang belum tentu terjamin keberkesanannya.

Far infrared radiation (FIR) atau Sinaran Infra Merah Jauh telah diklasifikasikan sebagai tidak berbahaya kepada manusia. Malahan, sinaran haba infra merah sering digunakan untuk memanaskan bayi yang lahir secara pra-matang di dalam inkubator hospital. Tetapi kepada mereka yang berpenyakit dan di dalam keadaan yang tidak mengizinkan tidak dibenarkan menggunakan sauna atau jika perlu menggunakannya, haruslah menggunakannya dengan amat berhati-hati kerana tidak mahu sebarang kecederaan menimpa mereka.

Berikut merupakan di antara keadaan atau situasi yang tidak membenarkan seseorang itu menggunakan sauna, tetapi tidak terhad kepada : 
Adakah selamat?
Ya, Produk JADE FIR SAUNA adalah selamat!
  • Tidak sensitif terhadap haba.
  • Hemofilia, iaitu penyakit yang cenderung kepada pendarahan.
  • Masalah kesihatan jantung (lemah jantung, hypotension, hypertension), jantung tersumbat, dan lain-lain.
  • Penyakit yang berkait rapat dengan perpeluhan tidak sekata seperti multiple sclerosis, tumor sistem saraf tunjang, Parkinson dan penyakit saraf akibat kencing manis.
  • Seseorang yang mengambil ubat preskripsi; ini kerana pengambilan berterusan ubat boleh mengganggu mekanisma pembuangan haba secara semulajadi dari dalam badan, atau kesan terhadap badan yang mungkin berubah setelah menerima sinaran infra merah jauh tersebut.
  • Perempuan mengandung.
  • Sakit sendi yang serius.
  • Mempunyai silicon atau implant dalam badan.
Faedah FIR kepada kesihatan

Membakar kalori dan mengawal berat badanSemasa anda sedang berehat di dalam sauna infra merah jauh, badan anda sebenarnya sedang ‘bekerja’, menghasilkan peluh, mengepam darah dan membakar kalori di dalam badan anda. Di dalam setiap sesi sauna yang anda jalani, anda sudah pun membakar kalori sebanyak seperti jika anda berlari atau joging selama 30 minit. Jadi anda sebenarnya ‘membakar’ berat badan, dan bukan hanya membuang air berlebihan di dalam badan.

Meningkatkan Peredaran Darah dan Menguatkan Sistem JantungSemasa badan anda meningkatkan pengeluaran peluh untuk menyejukkan badan, jantung anda bekerja lebih kuat mengepam darah dengan kadar yang lebih pantas untuk meningkatkan peredaran darah, yang mana ia menyerupai keadaan seolah-olah kita melakukan senaman. Bacaan jantung dan metabolisma meningkat, manakala bacaan tekanan darah menurun, di mana kesan keseluruhan jantung diperbaiki.

"Kebanyakan dari kita berlari untuk menguatkan system jantung, bukannya untuk membina otot kaki yang besar. Penggunaan sauna yang berterusan memberikan kesan kepada sistem jantung hampir sama seperti berlari, dan mungkin juga efektif sama seperti jika kita sering mengamalkan senaman yang membakar kalori dan menguatkan jantung. Kepada orang biasa, pengamalan sauna boleh membuang peluh sebanyak 500 gram, iaitu hamper bersamaan dengan 300 kalori." Dari jurnal “American Medical Association”.
7 Ogos, 1981.

Melegakan KesakitanSinaran haba infra merah jauh yang menembusi ke dalam badan kita membantu membuka saluran darah untuk memberikan kelegaan dan menyihatkan otot serta tisu lembut yang cedera. Ia juga membantu membekalkan darah untuk masuk ke otot yang kekurangan oksigen, supaya kecederaan (jika ada) boleh sembuh dengan lebih cepat. Otot-otot hanya akan berehat apabila tisu badan sudah ‘panas’, supaya badan mudah ‘melentur’ dan memudahkan pergerakan. Melegakan Sakit Sendi dan Lenguh-lenguh

Di Eropah, terapi sinaran haba digunakan secara meluas untuk merawat pesakit yang menghidapi pelbagai penyakit berkaitan saraf. Sauna telah terbukti dapat merawat secara efektif sakit-sakit seperti terseliuh, neuralgia, bursitis, sakit otot yang menyerang secara tiba-tiba, sakit sendi, dan lain-lain penyakit berkaitan dengan tulang dan otot. Banyak sakit akibat ketegangan, pedih dan lain-lain yang berkaitan dengan usia lanjut dapat dikurangkan atau dibuang terus.

Menghilangkan SelulitSauna Infra Merah membantu menghilangkan selulit, lemak tepu, air berlebihan dalam badan, dan toksin-toksin dalam badan manusia. Ramai pakar kecantikan di eropah menggunakan sauna sebagai salah satu rutin harian di dalam program-program membuang selulit mereka. Dan oleh kerana sinaran haba infra merah jauh ini berkesan 3 kali lebih baik berbanding sauna biasa, ia pastinya lebih efektif dalam proses membuang selulit.

Membuang Toksin dan Sisa KimiaPeredaran darah yang lebih banyak merangsang kelenjar peluh, membuang segala toksin dan sisa kimia di dalam badan. Perpeluhan setiap hari boleh membantu membuang toksin di dalam badan anda yang boleh menyebabkan datangnya penyakit kanser seperti lead, merkuri, zink, nikel, cadmium, juga alcohol, nikotin, sodium, asid sulfur dan kolestrol.

Mencantikkan kulit Perpeluhan yang banyak akan terjadi hanya selepas beberapa minit apabila berada di dalam bilik sauna infra merah jauh, membuang segala kotoran dan sel kulit mati, menjadikan kulit bersih berseri dan bercahaya. Peredaran darah yang baik akan membuatkan kulit muka kelihatan sihat dan cantik. Anda akan dapat melihat perubahan kulit yang lebih ketara; tona kulit yang lebih sekata, tegang, tekstur yang lebih cantik dan warna kulit yang lebih asli. Ia juga dapat melegakan jerawat, ekzema, psoriasis, kulit terbakar, bintik-bintik dan tompok-tompok, serta luka-luka ringan. Kecederaan terbuka juga dapat diubati dengan lebih cepat dan mengurangkan kesan parut.

Menguatkan Sistem ImunKesan haba sauna yang mendalam akan menaikkan suhu badan, seolah-olah anda ‘demam’ sekejap. Semasa sauna ini ‘melawan demam’ tersebut, system imun badan anda sebenarnya menjadi lebih kuat. Tambahan pula apabila segala toksin dan kotoran dibuang melalui proses perpeluhan tadi, kesihatan dan system imun anda menajdi lebih baik.

Mengurangkan Tekanan (stress) dan KeletihanKemungkinannya, kelegaan yang paling anda boleh nikmati hasil penggunaan sauna ialah tempoh istirehat semasa penggunannya. Ini kerana sauna akan ‘mencairkan’ semua tekanan daripada kehidupan dan kerja anda. Beberapa minit berada di udara sauna yang sedikit panas ini sebenarnya amat membantu memberikan anda kesan pengurutan di seluruh badan, melegakan sendi dan saraf serta otot yang ‘tersimpul’. Anda akan merasa lebih bertenaga dan lega, secara fizikal dan mental.
PERIUK / STEAMER SAUNA

RM160.00

Cara Penggunaan

1. Masukkan air kedalam periuk sauna jangan kurang daripada tahap M.
Sambungkan periuk kepada sauna dengan menggunakan tiub yang diberi.
2. Selepas itu plug kan ke suis utama. Apabila lampu di periuk menyala, tekan punat ON/OFF diperiuk atau remote control.
3. Masa boleh diubah sampai 3 gred (20minit, 40minit dan 60 minit)
4. Tempretures boleh dipilih sampai 6 gred.
low light(1st grade).
middle light(2nd grade).
high light(3rd grade).
low and middle light(4th grade).
low and high light(5th grade).
low.middle and high light(6th grade).

Para pengguna bleh menggunakan remote control untuk mengubah temperature atau masa mengikut keselesaan masing-masing.

KERUSI LIPAT

RM20.00

Ciri-ciri
Kain : PVC polyster
Saiz : 19" x 19" x 28"


Keistimewaan
-Sangat ringan
-Boleh dilipat
-Senang disimpan.


 Penghantaran Express :

RM10.00 (SM)

HERBA

RM20.00
1 bungkus = 5 uncang

Fungsi :

Menyingkirkan toksik badan,Menyembuhkan Luka2 dalaman selepas bersalin, Mengurangkan Sinus/Resdung, Menyegarkan Badan, Menghaluskan kulit, menyingkirkan lemak

Kandungan :

14 herba akar kayu terpilih seperti serai wangi, Limau purut, limau kasturi, limau barli,Limau nipis, Halia Bara, Ibu kunyit, Daun Asam Jawa, Daun Cina, Pandan Wangi, Bonglai, Jeringau, Dll.

Cara Menggunakannya:

Masukkan 1 uncang ke dalam periuk sauna yang telah diisi air.

1 uncang herba boleh digunakan sampai 3 kali sauna.

Harga Herba Sauna
Jumlah Harga / (RM)
Herba 1 peket (5 uncang) / RM20.00
Herba 2 peket (10 uncang) / RM30.00
Herba 4 peket (20 uncang) / RM50.00

Kos Penghantaran Express :
RM10.00 (SM)

Harga herba sauna yang kami tawarkan lebih murah dari yang berada dipasaran. Jadi buatlah pilihan yang bijak.